Sabtu, 7 Ogos 2010

Hak Dan Keistimewaan Melayu

"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera yang perlu dikekalkan termasuk dasar diskaun dalam pemilikan hartanah adalah sebagai sesuatu yang amat tepat." - Bernama 7 Ogos

Apa jadi dengan satu Malaysia? Kerajaan buat iklan, lagu dan mengucap bahawa semua "serupa walau berbeza". Sementara Eropah, Amerika dan Afrika berjuang untuk membuang rasisme, kerajaan Malaysia masih menyokongnya. Gagasan satu Malaysia ialah gagasan yang baik sekali, tetapi jika ia tidak dilaksanakan, maksudnya kerajaan cakap kosong, dan bila Muhyidding menyokong rasisme, maksudnya kerajaan bersifat hipokrit.

Rabu, 28 Oktober 2009

Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di Malaysia


Buku Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di Malaysia diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia dan disunting oleh Nor Aini Haji Idris serta Chamhuri Siwar dari Fakulti Ekonomi di UKM. Selepas membaca buku ini saya rasa kecewa kerana ia bermutu rendah, terutamanya dari segi metodologi bidang ekonomi.

Misalnya, Bab 1, surat 15:
"Di samping itu jurang hidup antara penduduk kaya di bandar dengan penduduk miskin menjadi terlalu luas."
Petikan ini ditulis secara fakta tetapi penulisnya tidak memberi rujukan. Saya pasti bahawa kenyataan ini silap pada jangka panjang. Jika penulis mengucap positive statement yang mungkin menimbulkan perbalahan, semestinya beliau melampirkan rujukan. Penulis-penulis buku ini membuat kesalahan ini kerap kali menyebabkan saya kurang percaya semua data dan maklumat dalam buku ini.

Perbezaan kemiskinan mutlak dengan kemiskinan relatif dijelaskan dalam bab 1 tetapi selepas itu perbezaan itu diabaikan. Kerana perbezaan yang amat penting ini diabaikan kebanyakan masa buku ini tidak berjaya mentakrifkan kemiskinan. Maka, kebanyakan data dan kenyataan tidak guna untuk pembacanya.

Selain itu, terdapat percanggahan, misalnya antara surat 20 dengan surat 42. Kenyataan berdua-dua ini tiada rujukan malah kemiskinan tidak ditakrifkan (ada juga kesalahan tatabahasa). Malahan, buku ini diterbitkan pada tahun 2003 tetapi penulisnya membuat ramalan tentang tahun 2000. Banyak data dalam buku ini tidak masuk akal.

Surat 20:
"Pada 1970, peratus penduduk miskin bandar adalah 10.8% daripada jumlah isi rumah miskin tetapi angka ini meningkat kepada 17.3% pada 1990 dan dijangka akan terus meningkat kepada 30.3% pada 2000."
Surat 42:
"Berhubung kemiskinan bandar, kita boleh merumuskan bahawa kemiskinan bandar tidak lagi dianggap sebagai masalah yang serius kerana kadarnya berkurangan daripada 14.6% pada 1970 kepada 7.1% pada 1990 dan terus berkurangan kepada 2.1% pada 1997."
Kesimpulannya dalam surat 187 mengandungi beberapa ayat yang kurang sesuai. Teksnya menunjukkan pendapat penulisnya dan bukannya fakta. Terdapat juga kesalahan fakta, misalnya:
"Menghadapi era globalisasi, masalah kemiskinan bandar akan menjadi semakin serius dengan kemasukan buruh asing yang akan meningkatkan lagi jumlah penduduk miskin bandar dan akan mengurangkan kadar upah yang diterima oleh pekerja tempatan."
Sebenarnya kemiskinan mutlak (Quibria 2002, United Nations Development Indices 2008). Penulis buku ini tidak jelas tentang ukuran yang digunakan tetapi para ramalan menjangka kemiskinan akan terus merosot dan pada masa yang sama kemajuan lebih pesat di bandar berbanding dengan di luar bandar. Pada jangka panjang jurang pendapatan tidak berubah (Sutcliffe 2003). Siapa kata kemasukan buruh asing meningkatkan kemiskinan bandar? Siapa kata gaji turun? Siapa kata globalisasi penyebab masalah kemiskinan?

Bagaimana penulis ini boleh mencapai pendidikan doktor falsafah dan bagaimana mereka boleh menerbitkan beberapa buku tentang ekonomi? Saya tidak banyak membaca buku bahasa Melayu. Ini kali pertama saya membaca buku yang diterbitkan oleh sebuah universiti Malaysia. Maka, saya sedar bahawa sains di Malaysia bermutu rendah berbanding dengan sains di Amerika Syarikat serta Eropah barat. Mungkin kemiskinan bandar di Malaysia disebebkan pendidikan rendah yang terdapat di negara-negara berkembang seperti Malaysia.

Selasa, 13 Oktober 2009

Elinor Ostrom

Pada tahun 2009 Oliver Williamson dan Elinor Ostrom meraih Penghargaan Nobel Untuk Bidang Ekonomi. Saya menganggap karya Ostrom lebih relevan dalam perjuangan untuk mengurangi kemiskinan di Asia tenggara. Beliau memasukkan teori permainan ke dalam analisis ekonomi dan politik dan hasilnya mustahak.

Menurut Komite Nobel,penelitian Ostrom membuktikan bahwa pengelolaan sumber daya alam seperti hutan, danau, dan populasi ikan oleh komunitas lokal, lebih baik dilakukan oleh mereka sendiri daripada ada campur tangan pihak luar,termasuk birokrat. - Seputar Indonesia

Saya mengharap bahawa ahli politik di Asia tenggara mengambil nasihat beliau, iaitu jangan campur tangan dan melaksanakan hak harta dengan tegas.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Bentuk Derma

PADANG, 8 Okt (Bernama) -- Aman Malaysia akan membekalkan lebih banyak barangan keperluan bayi seperti susu tepung dan biskut serta melihat kemungkinan menghulurkan bantuan khemah dan selimut untuk mangsa gempa di sini.
Aman Malaysia memilih bagi mangsa gempa bumi beberapa barangan keperluan. Mengapa Aman Malaysia perlu memilih barangan yang mangsa perlu? Mengapa tidak bagi duit supaya mangsa boleh memilih barangan keperluan sendiri? Siapa kata mangsa perlu susu bayi, perubatan dan barangan keperluan wanita? Jika mangsa sebenarnya perlu barangan ini lebih daripada barangan lain, mangsa akan mengguna duitnya untuk membeli barangan ini. Baik bagi duit, sebab itu lebih senang dan cekap untuk pemberi derma dan juga untuk penterima derma.

Isnin, 5 Oktober 2009

Gempa Bumi Pembunuh dan Rasuah Pembunuh

Saya sedih apabila mendengar tentang banyak kemalangan dalam gempa bumi di Indonesia. Saya harap bahawa Indonesia akan berkembang lagi pada masa yang akan datang supaya lain kali Indonesia mampu menyelamatkan lagi nyawa. Ramai pengkritik bidang ekonomi ulas bahawa kekayaan tidak menyebabkan kegembiraan. Jawapan saya amat jelas. Saya yakin kekayaan menyebabkan kegembiraan. Bukannya wang itu sendiri yang mengembirakan dan bukannya barang dan perkhidmatan mewah yang mengembirakan, tetapi peningkatan mutu hidup akibat ketersediaan keperluan.

Why Do People Die In Earthquakes? The Costs, Benefits And Institutions Of Disaster Risk Reduction In Developing Countries diterbitkan pada tarikh 1 Januari 2009 oleh Charles Kenny dari Bank Dunia. Dalam bahasa Malaysia tajuknya Harga, Faedah dan Institusi dalam Pengurangan Risiko Kecelakaan di Negara-negara Berkembang. Saya menerbitkan ringkasan laporan beliau di sini dan walaupun kemahiran bahasa Malaysia saya belum lengkap lagi namun saya menerjemahkannya di sini:

Every year, around 60,000 people die worldwide in natural disasters. The majority of the deaths are caused by building collapse in earthquakes, and the great majority occurs in the developing world. This is despite the fact that engineering solutions exist that can almost completely eliminate the risk of such deaths. Why is this? The engineering solutions are both expensive and technically demanding, so that the benefit-cost ratio of such solutions is often unfavorable compared with other interventions designed to save lives in developing countries. Nonetheless, a range of public disaster risk-reduction interventions (including construction activities) are highly cost effective. The fact that such interventions often remain unimplemented or ineffectively executed points to a role for issues of political economy. Building regulations in developing countries appear to have limited impact in many cases, perhaps because of limited capacity and the impact of corruption. Public construction is often of low quality--perhaps for similar reasons. This suggests approaches that emphasize simple and limited disaster risk regulation covering only the most at-risk structures and that (preferably) can be monitored by non-experts. It also suggests a range of transparency and oversight mechanisms for public construction projects.
Setiap tahun, lebih kurang 60,000 orang mati di seluruh dunia akibat bencana alam. Kebanyakan kemataian disebabkan keruntuhan para bangunan dalam gempa bumi, dan kebanyakan kematian terjadi di negara-negara berkembang. Keadaan ini dikemukakan walaupun ada penyelesaian kejuruteraan yang boleh menghapuskan kebanyakan risiko kematian sepertinya. Mengapa begini? penyelesaian kejuruteraan terlalu mahal dan juga susah dari segi teknologi, jadi nisbah antara faedahnya dengan harganya biasanya tidak baik berbanding dengan tindakan lain yang diciptai untuk menyelamatkan nyawa di negara berkembang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tindakan yang bertugas untuk mengurangi bilangan kemalangan dalam kecelakaan awam (termasuk kegiatan pembinaan) dengan harga murah. Tindakan ini jarang dilaksanakan ataupun dilaksanakan secara kurang cekap dan keadaan ini memberi tumpuan kepada perkara ekonomi politik. Pada kebanyakan masa akibat undang-undang pembinaan dihad di para negara berkembang, mungkin kerana kekurangan kemahiran dan juga kesan rasuah. Pembinaan awam biasanya bermutu rendah--mungkin sebabnya serupa dengan sebab tersebut. Ini menganjur tumpuan kepada peraturan yang terhad dan tidak terlalu sulit, meliputi hanya bangunan yang risiko tinggi dan boleh dipantau oleh orang bukan pakar. Ini juga menganjur para mekanisme kelutsinaran dan keterbukaan untuk projek-projek pembangunan awam.

Penghapusan rasuah bukan sahaja mengembangkan ekonomi Indonesia, malah menyelamatkan nyawa. Sama ada undang-undang lengkap dan cekap atau tidak, tanpa pelaksanaan undang-undang tepat tiada masyarakat kaya dan adil. Undang-undang yang menggalakkan peniaga membina lebih selamat dengan harga rendah boleh diterima tetapi undang-undang ini mesti terhad dan tidak terlalu sulit. Walaupun undang-undang tersebut melemahkan insentif usahawan kesannya kepada ekonomi kira kecil dan tidak penting berbanding dengan faedahnya kepada keselamatan rakyat.

Sabtu, 26 September 2009

Merkantilisme Baharu

Di Eropah pada Zaman Pertengahan merkantilisme dibentuk dan berpengaruh sehingga merosot sedikit demi sedikit pada abad ke lapan belas. Dalam sistem merkantilisme setiap negara usaha untuk memperoleh wang sebanyak mungkin. Kerajaan menggalakkan eksport tetapi sedaya upaya menghalangkan import supaya banyak wang masuk negaranya. Pada zaman ini simpanan wang dianggap sebagai ukuran kekayaan negara.

Walaupun pengaruh merkantilisme dianggap semakin lemah namun masih ada kesan pada zaman moden. Penghujung abad ke 19 sehingga permulaan Perang Dunia I merupakan masa yang amat bebas dalam sejarah dari segi ekonomi. Pada waktu itu para ahli ekonomi telah sedar bahawa simpanan wang negara tidak penting berbanding dengan peringkat pembelian rakyat. Barang dan perkhidmatan yang boleh diperoleh dengan wang lebih penting daripada wang itu sendiri dan rakyat lebih penting daripada negara dan rajanya.

Seiringan dengan Perang Dunia I dan Perang Dunia II proteksionisme muncul semula dan memuncak pada tahun 70an. Kini pengaruh merkantilisme masih boleh ditemui dalam sains, politik dan pemikiran rakyat di para negara di seluruh dunia termasuk di Asia tenggara. Kesalahfahaman masyarakat menyebabkan kemunculan polisi ekonomi antarabangsa yang tidak sesuai untuk memajukan negara. Di Malaysia dan di Indonesia eksport digalakkan manakala import tidak digalakkan. Kerajaan usaha mengurangi import supaya rakyat membeli lagi produk buatan negara itu sendiri. Di samping itu setiap negara mahu negara asing membeli produknya supaya keuntungan syarikatnya meningkat.

Ada banyak contoh di Asia tenggara tetapi saya hendak menerangkan hanya satu contoh yang penting dalam perjuangan mengurangi kemiskinan. Bank Dunia mencadangkan penghapusan larangan import beras di Indonesia. Tindakan ini dikhususkan untuk mengurangi kemiskinan. Mungkin kerajaan dan pengundi berniat membantu orang miskin dengan polisi larangan import beras tetapi akibatnya berbeza. Harga beras naik dan seterusnya petani untung tetapi seiringan dengan itu pembeli beras rugi kerana peningkatan harga tersebut. Saya dan Bank Dunia setuju bahawa Indonesia rugi akibat kesalahfahaman sebab dan akibat ini dalam ekonomi. Polisi-polisi ekonomi antarabangsa bukanlah masalah yang amat besar di Asia tenggara tetapi tindakan kecil boleh bagi negaranya ganjaran cukup besar untuk golongan miskin.

"Secara keseluruhan, 80 persen dari penduduk Indonesia menderita akibat proteksi tersebut, sementara hanya 20 persen yang menikmati manfaatnya." - Bank Dunia

Sabtu, 29 Ogos 2009

Asing Dilarang MilikiTeritori Negara

"Tidak ada celah untuk menjual satu pulau pun” kata Saut Situmorang dari Juru Bicara Departemen Dalam Negeri (Depdagri). Rakyat dan kerajaan Indonesia berpendapat jualan pulau kepada orang asing tidak adil. Kerana itu kerajaan Indonesia berusaha mengamankan pulau-pulau di negara ini. Freddy Numberi dari Menteri Kelautan dan Perikanan berkata “Pendaftaran pulau ini dimaksudkan untuk mencegah terjadinya klaim dari bangsa lain”. Tetapi tindakan ini tidak akan membantu sesuatu bangsa. Hak milik merupakan dasar ekonomi di semua negara. Sebenarnya pengamanan ini mengakibatkan hak milik semakin lemah di Indonesia dan ini menyebabkan pengelakan pelabur asing. Seterusnya rakyat Indonesia rugi akibat kelemahan ekonomi negaranya. Hak milik merupakan prinsip paling penting dalam ilmu ekonomi dan sekiranya Indonesia mahu memperoleh status negara maju, undang-undang hak milik mesti dikuatkuasakan untuk semua produk dan perkhidmatan dalam sektor swasta serta sektor awam.

Pelaksanaan hak milik di Indonesia dianggap lemah manakala pelaksanaan hak milik di Malaysia dianggap lebih kuat sedikit daripada negara jirannya. Terutama masalah pemilikan tanah menyusahkan pelaburan di Indonesia. Pelaksanaan hak milik di Singapura dianggap amat kuat dan ia bukan sahaja merangkumi rakyat Singapura, malahan orang asing juga. Sungguhpun perkaitan antara hak milik dengan keadaan ekonomi sudah jelas tetapi perasaan rakyat Indonesia terhadap keistimewaan bangsanya menjurus ke lagi kemiskinan. Semakin bebas dan terbuka, semakin kaya.