Rabu, 26 Ogos 2009

Selamat Datang

Di dalam blog ini saya bertugas untuk mencapai 2 tujuan. Yang pertama ialah latihan bahasa Melayu. Saya sedang belajar bahasa Melayu untuk keperluan akademik di Univeriti Kebangsaan Malaysia. Walaupun ramai telah mencadang kursus ini membuang masa saya, namun saya anggap kefasihan bahasa Melayu tanggungjawab saya sebagai orang asing. Sebagai suami orang Melayu saya hendak berkomunikasi dengan isteri saya dan keluarga dia serta para rakyat di negara ini dan juga di negara jiran.

Tujuan yang ke-2 adalah untuk menerangkan perkaitan antara ilmu ekonomi dengan politik di Nusantara ataupun Kepulauan Melayu, termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan Timor Timur. Saya sudah belajar ekonomi di Lund University di Sweden satu tahun dan saya merancang melanjutkan pindidikan ilmu ekonomi supaya saya boleh mencapai cita-cita saya, iaitu mengurangi kemiskinan.

Saya harap anda berminat dengan perkara tersebut dan saya harap anda mengirim banyak ulasan, aduan dan soalan agar blog ini menjadi interaktif. Sumbangan anda tentang bahasa, ekonomi, politik dan lain-lain amat dialu-alukan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan