Memaparkan catatan dengan label Imigresen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Imigresen. Papar semua catatan

Rabu, 26 Ogos 2009

UPP Tahan Enam Lelaki Warga Myanmar

Hari ini Bernama melaporkan bahawa "Enam pendatang tanpa izin warga Myanmar ditahan oleh sepasukan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)...". Larangan masuk negara ini tanpa dokumen perjalanan sah ada alasan terkait dengan ekonomi. Rakyat Malaysia tidak mahu orang miskin masuk negara ini kerana orang asing itu disangka ambil peluang kerja daripada orang Malaysia. Kini ramai orang Myanmar kerja di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, sebagai pelayan, penjual makanan dan sebagainya. Sehubungan itu, penawaran tenaga buruh gaji murah meningkat mengakibatkan gaji semakin murah untuk para pekerja Malaysia. Itulah alasan kewujudan Jabatan Imigresen Malaysia. Sungguhpun ada juga larangan serupa untuk orang kaya dengan pendidikan tinggi tetapi lebih senang untuk orang kaya masuk Malaysia. Dr Mahatir Mohamad baru mencadangkan untuk menyenangkan kemasukan doktor dari luar negara. Jika jadi, langkah itu membantu rakyat Malaysia, tetapu ia tidak cukup.

Sekiranya Jabatan Imigresen dihapuskan dan semua orang asing dibenarkan masuk Malaysia tanpa dokumen perjalanan, KDNK akan meningkat dan kemiskinan akan dikurangi. Ini kerana bukan sahaja penawaran tenaga buruh meningkat, malah permintaan tenaga buruh juga meningkat. Semakin terbuka, semakin maju. Singapura sama kaya dengan Eropah kerana Singapura bebas dan terbuka. Jika Malaysia hendak mencapai wawasan 2020 ekonominya mesti dibebaskan dan dibukakan secara beransur-ansur.