Sabtu, 7 Ogos 2010

Hak Dan Keistimewaan Melayu

"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera yang perlu dikekalkan termasuk dasar diskaun dalam pemilikan hartanah adalah sebagai sesuatu yang amat tepat." - Bernama 7 Ogos

Apa jadi dengan satu Malaysia? Kerajaan buat iklan, lagu dan mengucap bahawa semua "serupa walau berbeza". Sementara Eropah, Amerika dan Afrika berjuang untuk membuang rasisme, kerajaan Malaysia masih menyokongnya. Gagasan satu Malaysia ialah gagasan yang baik sekali, tetapi jika ia tidak dilaksanakan, maksudnya kerajaan cakap kosong, dan bila Muhyidding menyokong rasisme, maksudnya kerajaan bersifat hipokrit.