Sabtu, 29 Ogos 2009

Asing Dilarang MilikiTeritori Negara

"Tidak ada celah untuk menjual satu pulau pun” kata Saut Situmorang dari Juru Bicara Departemen Dalam Negeri (Depdagri). Rakyat dan kerajaan Indonesia berpendapat jualan pulau kepada orang asing tidak adil. Kerana itu kerajaan Indonesia berusaha mengamankan pulau-pulau di negara ini. Freddy Numberi dari Menteri Kelautan dan Perikanan berkata “Pendaftaran pulau ini dimaksudkan untuk mencegah terjadinya klaim dari bangsa lain”. Tetapi tindakan ini tidak akan membantu sesuatu bangsa. Hak milik merupakan dasar ekonomi di semua negara. Sebenarnya pengamanan ini mengakibatkan hak milik semakin lemah di Indonesia dan ini menyebabkan pengelakan pelabur asing. Seterusnya rakyat Indonesia rugi akibat kelemahan ekonomi negaranya. Hak milik merupakan prinsip paling penting dalam ilmu ekonomi dan sekiranya Indonesia mahu memperoleh status negara maju, undang-undang hak milik mesti dikuatkuasakan untuk semua produk dan perkhidmatan dalam sektor swasta serta sektor awam.

Pelaksanaan hak milik di Indonesia dianggap lemah manakala pelaksanaan hak milik di Malaysia dianggap lebih kuat sedikit daripada negara jirannya. Terutama masalah pemilikan tanah menyusahkan pelaburan di Indonesia. Pelaksanaan hak milik di Singapura dianggap amat kuat dan ia bukan sahaja merangkumi rakyat Singapura, malahan orang asing juga. Sungguhpun perkaitan antara hak milik dengan keadaan ekonomi sudah jelas tetapi perasaan rakyat Indonesia terhadap keistimewaan bangsanya menjurus ke lagi kemiskinan. Semakin bebas dan terbuka, semakin kaya.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Malaysia Mesti Berkembang 8 Peratus Setahun Untuk Capai Status Negara Maju, Kata PM


"KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata Malaysia mesti berkembang pada kadar tahunan lapan peratus dalam tempoh 10 tahun, jika negara ini mahu mencapai status negara maju menjelang 2020."

Najib tidak menjelaskan sebab kadar tahunan 8% diperlu untuk mencapai status negara maju. Pada tahun 2008 KDNK Malaysia mencecah AS$397,5 billion. Mengapa beliau tidak menisytiharkan 7% atau 9%? Pengiraan dan perbandingan dengan negara maju boleh menerangkan isu ini. Sekiranya ekonomi Malaysia berkembang pada kadar tahunan 8% setiap tahun sehingga tahun 2020 KDNK Malaysia akan mencecah kira-kira AS$36 000 per kapita. Peringkat itu sama dengan Britain (UK) kini.

Jika Malaysia mencapai kadar tahunan 6% sahaja KDNK akan mececah kira-kira AS$29 000 per kapita pada tahun 2020. Peringkat itu lebih tinggi daripada Korea Selatan dan New Zealand dan Portugal serta beberapa negara di Eropah kini. Sungguhpun, kita tidak boleh anggap peringkat ini sebagai kemiskinan, tetapi bukan Malaysia sahaja yang berkembang. Sekiranya kadar tahunan Malaysia 6% sambil para negara lain mencecah kadar tahunan lebih daripada 8%, Malaysia akan dianggap semakin miskin berbanding dengan negara lain.

Sungguhpun, kemungkinan besar Malaysia akan berkembang lebih maju daripada negara-negara yang sudah kaya sekarang, tetapi dengan kadar tahunan 8% tidak akan sama kaya dengan Britain (UK) dalam masa 10 tahun kerana negara itu juga berkembang. Jika begini, haruskah Najib mengisytiharkan 9% atau 10% sebagai kadar diperlukan untuk Malaysia? Tak mungkin...

Malaysia telah mencapai kadar tahunan sangat tinggi. Sejak tahun 1987 sehingga 1997 kadar tahunan purata di Malaysia mencecah 9,2% dan kadar tahunan tidak pernah di bawah 7% tetapi kadar ini luar biasa. Krisis kewanganan yang berikut mengakibat kejatuhan KDNK dengan lebih daripada 7%. Sejak tahun 1951 sehingga 2006 KDNK Malaysia berkembang pada kadar tahunan purata 5,9%. Pada tempoh masa yang sama KDNK Singapura berkembang pada kadar tahunan purata 7,4%. Jangan sangka perkembangan seperti ini kerana kadar 8% setiap tahun pada tempoh masa 10 tahun luar biasa di dalam seluruh dunia. Bukanlah mustahil tetapi susah mencapai kadar tinggi begitu. Kemungkinan besar kadar tahunan purata 6% boleh dicapai. Selamat berjaya Malaysia!

Rabu, 26 Ogos 2009

UPP Tahan Enam Lelaki Warga Myanmar

Hari ini Bernama melaporkan bahawa "Enam pendatang tanpa izin warga Myanmar ditahan oleh sepasukan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)...". Larangan masuk negara ini tanpa dokumen perjalanan sah ada alasan terkait dengan ekonomi. Rakyat Malaysia tidak mahu orang miskin masuk negara ini kerana orang asing itu disangka ambil peluang kerja daripada orang Malaysia. Kini ramai orang Myanmar kerja di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, sebagai pelayan, penjual makanan dan sebagainya. Sehubungan itu, penawaran tenaga buruh gaji murah meningkat mengakibatkan gaji semakin murah untuk para pekerja Malaysia. Itulah alasan kewujudan Jabatan Imigresen Malaysia. Sungguhpun ada juga larangan serupa untuk orang kaya dengan pendidikan tinggi tetapi lebih senang untuk orang kaya masuk Malaysia. Dr Mahatir Mohamad baru mencadangkan untuk menyenangkan kemasukan doktor dari luar negara. Jika jadi, langkah itu membantu rakyat Malaysia, tetapu ia tidak cukup.

Sekiranya Jabatan Imigresen dihapuskan dan semua orang asing dibenarkan masuk Malaysia tanpa dokumen perjalanan, KDNK akan meningkat dan kemiskinan akan dikurangi. Ini kerana bukan sahaja penawaran tenaga buruh meningkat, malah permintaan tenaga buruh juga meningkat. Semakin terbuka, semakin maju. Singapura sama kaya dengan Eropah kerana Singapura bebas dan terbuka. Jika Malaysia hendak mencapai wawasan 2020 ekonominya mesti dibebaskan dan dibukakan secara beransur-ansur.

Selamat Datang

Di dalam blog ini saya bertugas untuk mencapai 2 tujuan. Yang pertama ialah latihan bahasa Melayu. Saya sedang belajar bahasa Melayu untuk keperluan akademik di Univeriti Kebangsaan Malaysia. Walaupun ramai telah mencadang kursus ini membuang masa saya, namun saya anggap kefasihan bahasa Melayu tanggungjawab saya sebagai orang asing. Sebagai suami orang Melayu saya hendak berkomunikasi dengan isteri saya dan keluarga dia serta para rakyat di negara ini dan juga di negara jiran.

Tujuan yang ke-2 adalah untuk menerangkan perkaitan antara ilmu ekonomi dengan politik di Nusantara ataupun Kepulauan Melayu, termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan Timor Timur. Saya sudah belajar ekonomi di Lund University di Sweden satu tahun dan saya merancang melanjutkan pindidikan ilmu ekonomi supaya saya boleh mencapai cita-cita saya, iaitu mengurangi kemiskinan.

Saya harap anda berminat dengan perkara tersebut dan saya harap anda mengirim banyak ulasan, aduan dan soalan agar blog ini menjadi interaktif. Sumbangan anda tentang bahasa, ekonomi, politik dan lain-lain amat dialu-alukan!