Sabtu, 29 Ogos 2009

Asing Dilarang MilikiTeritori Negara

"Tidak ada celah untuk menjual satu pulau pun” kata Saut Situmorang dari Juru Bicara Departemen Dalam Negeri (Depdagri). Rakyat dan kerajaan Indonesia berpendapat jualan pulau kepada orang asing tidak adil. Kerana itu kerajaan Indonesia berusaha mengamankan pulau-pulau di negara ini. Freddy Numberi dari Menteri Kelautan dan Perikanan berkata “Pendaftaran pulau ini dimaksudkan untuk mencegah terjadinya klaim dari bangsa lain”. Tetapi tindakan ini tidak akan membantu sesuatu bangsa. Hak milik merupakan dasar ekonomi di semua negara. Sebenarnya pengamanan ini mengakibatkan hak milik semakin lemah di Indonesia dan ini menyebabkan pengelakan pelabur asing. Seterusnya rakyat Indonesia rugi akibat kelemahan ekonomi negaranya. Hak milik merupakan prinsip paling penting dalam ilmu ekonomi dan sekiranya Indonesia mahu memperoleh status negara maju, undang-undang hak milik mesti dikuatkuasakan untuk semua produk dan perkhidmatan dalam sektor swasta serta sektor awam.

Pelaksanaan hak milik di Indonesia dianggap lemah manakala pelaksanaan hak milik di Malaysia dianggap lebih kuat sedikit daripada negara jirannya. Terutama masalah pemilikan tanah menyusahkan pelaburan di Indonesia. Pelaksanaan hak milik di Singapura dianggap amat kuat dan ia bukan sahaja merangkumi rakyat Singapura, malahan orang asing juga. Sungguhpun perkaitan antara hak milik dengan keadaan ekonomi sudah jelas tetapi perasaan rakyat Indonesia terhadap keistimewaan bangsanya menjurus ke lagi kemiskinan. Semakin bebas dan terbuka, semakin kaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan