Sabtu, 26 September 2009

Merkantilisme Baharu

Di Eropah pada Zaman Pertengahan merkantilisme dibentuk dan berpengaruh sehingga merosot sedikit demi sedikit pada abad ke lapan belas. Dalam sistem merkantilisme setiap negara usaha untuk memperoleh wang sebanyak mungkin. Kerajaan menggalakkan eksport tetapi sedaya upaya menghalangkan import supaya banyak wang masuk negaranya. Pada zaman ini simpanan wang dianggap sebagai ukuran kekayaan negara.

Walaupun pengaruh merkantilisme dianggap semakin lemah namun masih ada kesan pada zaman moden. Penghujung abad ke 19 sehingga permulaan Perang Dunia I merupakan masa yang amat bebas dalam sejarah dari segi ekonomi. Pada waktu itu para ahli ekonomi telah sedar bahawa simpanan wang negara tidak penting berbanding dengan peringkat pembelian rakyat. Barang dan perkhidmatan yang boleh diperoleh dengan wang lebih penting daripada wang itu sendiri dan rakyat lebih penting daripada negara dan rajanya.

Seiringan dengan Perang Dunia I dan Perang Dunia II proteksionisme muncul semula dan memuncak pada tahun 70an. Kini pengaruh merkantilisme masih boleh ditemui dalam sains, politik dan pemikiran rakyat di para negara di seluruh dunia termasuk di Asia tenggara. Kesalahfahaman masyarakat menyebabkan kemunculan polisi ekonomi antarabangsa yang tidak sesuai untuk memajukan negara. Di Malaysia dan di Indonesia eksport digalakkan manakala import tidak digalakkan. Kerajaan usaha mengurangi import supaya rakyat membeli lagi produk buatan negara itu sendiri. Di samping itu setiap negara mahu negara asing membeli produknya supaya keuntungan syarikatnya meningkat.

Ada banyak contoh di Asia tenggara tetapi saya hendak menerangkan hanya satu contoh yang penting dalam perjuangan mengurangi kemiskinan. Bank Dunia mencadangkan penghapusan larangan import beras di Indonesia. Tindakan ini dikhususkan untuk mengurangi kemiskinan. Mungkin kerajaan dan pengundi berniat membantu orang miskin dengan polisi larangan import beras tetapi akibatnya berbeza. Harga beras naik dan seterusnya petani untung tetapi seiringan dengan itu pembeli beras rugi kerana peningkatan harga tersebut. Saya dan Bank Dunia setuju bahawa Indonesia rugi akibat kesalahfahaman sebab dan akibat ini dalam ekonomi. Polisi-polisi ekonomi antarabangsa bukanlah masalah yang amat besar di Asia tenggara tetapi tindakan kecil boleh bagi negaranya ganjaran cukup besar untuk golongan miskin.

"Secara keseluruhan, 80 persen dari penduduk Indonesia menderita akibat proteksi tersebut, sementara hanya 20 persen yang menikmati manfaatnya." - Bank Dunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan