Rabu, 28 Oktober 2009

Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di Malaysia


Buku Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di Malaysia diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia dan disunting oleh Nor Aini Haji Idris serta Chamhuri Siwar dari Fakulti Ekonomi di UKM. Selepas membaca buku ini saya rasa kecewa kerana ia bermutu rendah, terutamanya dari segi metodologi bidang ekonomi.

Misalnya, Bab 1, surat 15:
"Di samping itu jurang hidup antara penduduk kaya di bandar dengan penduduk miskin menjadi terlalu luas."
Petikan ini ditulis secara fakta tetapi penulisnya tidak memberi rujukan. Saya pasti bahawa kenyataan ini silap pada jangka panjang. Jika penulis mengucap positive statement yang mungkin menimbulkan perbalahan, semestinya beliau melampirkan rujukan. Penulis-penulis buku ini membuat kesalahan ini kerap kali menyebabkan saya kurang percaya semua data dan maklumat dalam buku ini.

Perbezaan kemiskinan mutlak dengan kemiskinan relatif dijelaskan dalam bab 1 tetapi selepas itu perbezaan itu diabaikan. Kerana perbezaan yang amat penting ini diabaikan kebanyakan masa buku ini tidak berjaya mentakrifkan kemiskinan. Maka, kebanyakan data dan kenyataan tidak guna untuk pembacanya.

Selain itu, terdapat percanggahan, misalnya antara surat 20 dengan surat 42. Kenyataan berdua-dua ini tiada rujukan malah kemiskinan tidak ditakrifkan (ada juga kesalahan tatabahasa). Malahan, buku ini diterbitkan pada tahun 2003 tetapi penulisnya membuat ramalan tentang tahun 2000. Banyak data dalam buku ini tidak masuk akal.

Surat 20:
"Pada 1970, peratus penduduk miskin bandar adalah 10.8% daripada jumlah isi rumah miskin tetapi angka ini meningkat kepada 17.3% pada 1990 dan dijangka akan terus meningkat kepada 30.3% pada 2000."
Surat 42:
"Berhubung kemiskinan bandar, kita boleh merumuskan bahawa kemiskinan bandar tidak lagi dianggap sebagai masalah yang serius kerana kadarnya berkurangan daripada 14.6% pada 1970 kepada 7.1% pada 1990 dan terus berkurangan kepada 2.1% pada 1997."
Kesimpulannya dalam surat 187 mengandungi beberapa ayat yang kurang sesuai. Teksnya menunjukkan pendapat penulisnya dan bukannya fakta. Terdapat juga kesalahan fakta, misalnya:
"Menghadapi era globalisasi, masalah kemiskinan bandar akan menjadi semakin serius dengan kemasukan buruh asing yang akan meningkatkan lagi jumlah penduduk miskin bandar dan akan mengurangkan kadar upah yang diterima oleh pekerja tempatan."
Sebenarnya kemiskinan mutlak (Quibria 2002, United Nations Development Indices 2008). Penulis buku ini tidak jelas tentang ukuran yang digunakan tetapi para ramalan menjangka kemiskinan akan terus merosot dan pada masa yang sama kemajuan lebih pesat di bandar berbanding dengan di luar bandar. Pada jangka panjang jurang pendapatan tidak berubah (Sutcliffe 2003). Siapa kata kemasukan buruh asing meningkatkan kemiskinan bandar? Siapa kata gaji turun? Siapa kata globalisasi penyebab masalah kemiskinan?

Bagaimana penulis ini boleh mencapai pendidikan doktor falsafah dan bagaimana mereka boleh menerbitkan beberapa buku tentang ekonomi? Saya tidak banyak membaca buku bahasa Melayu. Ini kali pertama saya membaca buku yang diterbitkan oleh sebuah universiti Malaysia. Maka, saya sedar bahawa sains di Malaysia bermutu rendah berbanding dengan sains di Amerika Syarikat serta Eropah barat. Mungkin kemiskinan bandar di Malaysia disebebkan pendidikan rendah yang terdapat di negara-negara berkembang seperti Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan